Tentang Kami

SyazaShop merupakan kedai kendalian Syaza Travel & Tours Sdn Bhd, sebagai pusat sehenti yang mempamer dan menjual pelbagai koleksi tudung labuh dan pakaian berjenama dan barangan kelengkapan haji & umrah yang ekslusif dan moden serta barangan lainnya, yang beroperasi secara online dan offline di Ampang Selangor.

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah samada bersama kami atau agensi lainnya mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di  laman web kami ini sebagai rujukan. Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing.

Pasukan khidmat pelanggan kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan.