1. Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
    • rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak)
    • pihak SyazaShop tersalah pos barang
  2. Produk yang dibeli tidak boleh di pulang semula kecuali terdapat kerosakan pada produk tersebut. Sekiranya terdapat kerosakan, pelanggan haruslah mengambil gambar kerosakan tersebut dan emelkan kepada kami dalam masa 3 hari selepas terima barang tersebut untuk memastikan yang kerosakan bukanlah dari kecuaian pelanggan sendiri. Produk yang rosak juga perlu dipulangkan dalam masa 7 hari selepas pelanggan menerimanya. Selepas 7 hari tiada lagi pemulangan produk yang rosak boleh dilakukan.
  3. Kami akan meletakkan semua saiz ukuran muka pada semua tudung keluaran kami di website dan jika setelah anda mendapat barang, dan saiz muka tidak muat atau terlalu besar atau saiz body tudung terlalu kecil, kami tidak akan memulangkan duit atau membuat sebarang penukaran kerana setiap kali anda membeli, anda sepatutnya telah baca ukuran yang kami berikan dan juga telah setuju dengan terma dan syarat SyazaShop .
    Kami akan berikan ukuran yang tepat bukaan muka untuk semua tudung yang ditempah,ukuran akan disertakan melalui invoice,sila pastikan anda mengukur terlebih dahulu pada muka sebelum membuat belian (ukuran pada setiap helai tudung mungkin akan lari dalam 0.5 hingga 1 inci kerana setiap tudung dijahit menggunakan tangan manusia biasa,ralat pasti akan berlaku) Sebarang pertukaran kerana masalah saiz muka tidak akan dilayan sama sekali.
  4. Jika ada item yang rosak atau pihak kami tersalah pos, kami akan membayar kepada anda kos pengeposan dari pihak anda dan kami akan menanggung kos di pihak kami juga.
  5. Item/barang yang dijual tidak boleh ditukar dengan alasan “Tidak Sesuai” dengan anda.
  6. Tiada pemulangan wang semula untuk setiap pembelian,jika ingin buat pertukaran atas sebab yang tidak melanggar Terma & Syarat Hijranisa hanya boleh ditukar dengan item/barang yang lain.
  7. Warna gambar item adakala kurang tepat atas beberapa faktor seperti editing & setting komputer,jadi kami akan maklumkan warna gambar yg tepat pada kod setiap item, oleh itu pertukaran kerana tersalah warna tidak dibenarkan.
  8. Pihak SyazaShop menggunakan Khidmat POSLAJU Malaysia dan mengambil masa dari 1-3 hari bekerja untuk sampai. PASTIKAN alamat penghantaran yang anda masukkan semasa membuat pesanan, “ada orang” yang akan mengambil pesanan tersebut. Jika tidak, anda perlu mengambil pesanan anda di pusat pos laju berdekatan alamat yang anda berikan. Sekiranya parcel anda tidak diambil dalam masa 14 hari di pusat poslaju, parcel anda akan dipulangkan semula kpd kami. JIKA INI BERLAKU, anda MESTI membayar lagi kos penghantaran semula kepada pihak kami untuk kami pos semula pesanan an